
Thursday, 13 December 2012
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang ditunjukan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
Dalam Bahasa Malaysia baku, kata ganti nama tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.
Ini ~> digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
Ayat contoh : 1. Ini rumah saya.
2. Kereta ini masih belum dibaiki.
Itu ~> digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
Ayat contoh : 1. Bangunan itu terletak di atas bukit.
2. Itu ketua Kampung Durian Runtuh.
Kata Nama Tak Tentu..
Apa-Untuk menggantikan nama benda / perkara yang tidak tentu
Ayat contoh: 1.Mereka tidak tahu apa- apa tentang pakatan untuk memerangkap pencuri itu.
2.Jangan sentuh apa-apa pun yang ada di dalam bilik ini.
Bila-bila-Untuk menggantikan masa / waktu yang tidak tentu.
Ayat contoh: 1.Bangunan condong itu akan roboh pada bila-bila masa sahaja.
2.Bila - bila kamu ada kelapangan, tolong bersihkan ladang ini.
Mana-mana-Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu.
Ayat contoh: 1.Ali tidak pergi kemana-mana pada hujung minggu ini.
2.Mana- mana kedai ubat pun ada menjual air penyejuk badan itu.
Siapa-siapa / sesiapa-Untuk menggantikan nama orang / manusia yang tidak tentu
Ayat contoh: 1. Dia tidak kenal sesipa pun dalam majlis itu.
2. Siapa- siapa yang berkelayakan sahaja dibenarkan memohon
jawatan itu
Thursday, 22 November 2012
Kata Nafi
1.Kata Nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menindakan sesuatu pernyataan.
2 .Terdapat 2 kata nafi :
a) tidak- digunakan untuk menafikan maksud yang dibawa oleh kata kerja atau kata kata adjektif yang mengikutinya.
Contoh ayat:
i) Kapal itu tidak berlabuh di pelabuhan.
ii) Wani tidak mahu bermain dengan Wanna dan Wina.
b) bukan - digunakan untuk menafikan maksud yang dibawa oleh kata nama atau kata sendi nama yang mengikutinya.
Contoh ayat :
i) Buku itu bukan milik saya.
ii) Baju itu bukan untuk dijual.
Kata Tanya
KATA TANYA
1.Kata tanya digunakan untuk menannyakan sesuatu atau menyoal sesuatu.
Contoh dan penggunaannya:
a. Apa - untuk menanyakan benda atau binatang.
b. Bagaimana - untuk menanyakan cara.
c. Berapa - untuk menanyakan cara.
d. Bila - untuk menanyakan masa dan waktu.
e. Mana - untuk menanyakan tempat atau kedudukan.
f. Mengapa / kenapa - untuk menanyakan sebab atau alasan.
g. Siapa - untuk menanyakan orang atau nama orang.
Ayat contoh:
a) Apakah yang sedang kamu lakukan?
b) Bagaimanakah keadaan ibu kamu?
c) Berapakah harga sekilo ikan ini?
d) Bilakah bas itu akan bertolak?
e) Di manakah rumah Pak Cik Samad?
f) Mengapakah kalian tidak pulang lagi?
g) Siapakah yang akan merasmikan majlis itu?
Penggunaan kata tanya akan membentuk ayat tanya.
Kata tanya biasanya hadir bersama - sama kata sendi,partikel -kah dan kata sandang yang.
Monday, 12 November 2012
Kata hubung
Kata Hubung
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan dan menggabungkan kata,frasa, atau ayat untuk membentuk satu ayat yang lebih bermakna
Ayat contoh:
a) Ahmad tidak hadir ke sekolah kerana hari hujan
b) Dia bukan sahaja kaya malahan pemurah
Terbahagi kepada tiga:
~~Gabungan - dan,atau.sambil
~~Pancangan - jika,kerana,kalau
~~Berpasangan - baik...baik,makin..makin,bukan sahaja...malahan
Thursday, 18 October 2012
Kata Majmuk...
Hari ini saya malas nak cerita tentang kisah hidup saya jadi saya nak kongsi ilmu mengenai penggunaan kata majmuk.r
1.Kata majmuk ialah perkataan yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar yang
membawa makna tertentu.
2.Kata majmuk bertindak dalam satu unit dan dieja secara terpisah.
3.Namun terdapat kata majmuk yang ditulis secara bercantum.
4.Contohnya: kereta api,buah tangan,bandar raya,sukarela,tanda tangan, bumiputera.
5.Contoh ayat:
(a) Berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
(b) Kakitangan kerajaan akan menerima bonus.
1.Kata majmuk ialah perkataan yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar yang
membawa makna tertentu.
2.Kata majmuk bertindak dalam satu unit dan dieja secara terpisah.
3.Namun terdapat kata majmuk yang ditulis secara bercantum.
4.Contohnya: kereta api,buah tangan,bandar raya,sukarela,tanda tangan, bumiputera.
5.Contoh ayat:
(a) Berhati-hati ketika memandu di
(b) Kakitangan kerajaan akan menerima bonus.
Subscribe to:
Posts (Atom)